Selasa, 9 Februari 2016

BIODATA BAYEZID 1

Bayezid I (Uthmaniyyah: بايزيد الأول, Turki:Beyazıt, gelaran Yıldırım (Uthmaniyyah: ییلدیرم), "Petir"; 1354 – 8 Mac 1403Akşehir,Turki) merupakan sultan Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1389 hingga 1402. Dia merupakan putera kepada Murad I dan Gülçiçek Hatun.


Mendapat gelaran yildrim kerana keberanian dan ketangkasan semasa berperang dengan tentera salib di sungai danube.ketika itu kubu tentera islam di nighbolou dikepung oleh tentera salib.sultan beyazid berjaya menyusup ke kubu itu tanpa disedari oleh musuhnya.sultan beyazid berusaha menawan konstantinopel sebanyak 3 kali namun tidak berjaya.pada kali ketiga baginda hampir berjaya menaklukinya namun terpaksa mengundurkan tenteranya apabila tentera monggol di bawah pimpinan timurline menyerang negaranya.

BIODATA MURAD 1

Tughra of Murad I.svg
Tempoh pemerintahan1362–1389
TempohKebangkitan Empayar Uthmaniyyah
Nama penuhMurad I
Didahului olehOrhan I
Diikuti olehBayezid I
Kerabat DirajaKerabat Osman
DinastiDinasti Uthmaniyyah
Kepercayaan agamaIslam
Murad I (digelar Hüdavendigâr - from Bahasa Parsiخداوندگار Khodāvandgār - "the God-like One") (Serbia: Мурат 1. / Murat I) (Bahasa TurkiI. Murat Hüdavendigâr) (Mac atau 29 Jun, 1326, Sogut atau Bursa – 15 Jun, 1389,Pertempuran Kosovo Polje) (Turki Uthmaniyyahمراد اول) adalah pemerintah dari Empayar UthmaniyyahSultan dari Rûm, bermula pada tahun 1361 sehingga 1389. Beliau merupakan anak lelaki kepada Orhan Idan Sultan Valide Nilüfer Hatun (yang mana namanya bermaksud Lili Air dalam Turki), anak perempuan kepada Putera dari Yarhisar atau Puteri Theodora Kantakouzene dariByzantine (juga dinamakan Nilüfer), yang mana berketurunan etnik Greek[1][2][3] dan menjadi sultan berikutan kematian bapa beliau pada tahun 1361.

BIODATA ORHAN 1


Tempoh pemerintahan1326–1359
TempohPenubuhan Empayar Uthmaniyyah
Nama penuhOrhan I
Didahului olehUthman I
Diikuti olehMurad I
Kerabat DirajaKerabat Osman
DinastiDinasti Uthmaniyyah
Kepercayaan agamaIslam
Orhan I (Uthmaniyyah: اورخان غازی, Turki:Orhan Gazi atau Orhan Bey) (1281 Sogut – March 1359 Bursa) merupakan putera BeyUthman I. Orhan I telah menakluki Nicaeapada tahun 1331 dan Nicomedia tahun 1337dan mendirikan ibu kota di Bursa. Ketika saat pemerintahannya, Sultan Orhan I telah merombak struktur pemerintahan, memodenkan pasukan ketenteraan negaranya, dan memperkenalkan mata wang baharu bagi negaranya.
Beliau telah menikahi Theodora, puteri dari Putera Byzantine John VI Cantacuzenus. Pada tahun 1346, Orhan secara terbuka telah mendukung John VI dalam usahanya menggulingkan Kaisar John V Palaeologus. Ketika John VI menjadi kaisar (1347-1354), beliau telah mengizinkan Orhan untuk menyerang semenanjung Gallipoli yang kemudiannya mandat pemerintahan telah diberikan kepada Kesultanan Uthmaniyyah sebagai suatu simbol untuk membentuk benteng pertahanan pertama di Eropah.
Orhan telah meninggal dunia pada tahun1360 dan mewariskan takhta kesultanannya yang berkembang pesat kepada puteranyaMurad I.

BIODATA UTHMAN 1

                                                                       
Pemerintahan1299–1324
Pertabalan1281 dan 1299
Nama penuhOsman Gazi
PendahuluDinasti baru
PenggantiOrhan I
Kerabat dirajaKerabat Osman
AyahandaErtuğrul

Uthman I atau Uthman bin Ertughrul (bahasa Turki Uthmaniyyah: عثمان بن أرطغرل, bahasa TurkiOsman Gazi atau Osman Bey atauI.Osman atau Osman Sayed II) merupakan pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah.
Uthman mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah daripada KerajaanTurki Seljuk pada 1299. Dalam mempertahankan wilayahnya daripada serangan Mongol baginda telah mengumpulkan tentera Ghazi untuk mengukuhkan kedudukannya di Anatolia. Kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniyyah berlaku seiringan dengan kemerosotanEmpayar Byzantine.

BIODATA SULTAN MUHAMMAD AL FATIH

ZamanKebangkitan Empayar Uthmaniyyah
Nama penuhSultan Muhammad Al-Fatih
سلطان محمد الفاتح
Turki Uthmaniyyahمحمد ثانى
Tarikh lahir29 Mac 1432
Tempat lahirEdirne
Tarikh mangkat3 Mei 1481 (usia 49)
Tempat mangkatHünkârçayırı, berdekatan Gebze
PendahuluMurad II
PenggantiMurad II
Pendahulu 2Murad II
Pengganti 2Bayezid II
WangsaDinasti Uthmaniyyah
BondaHüma Hatun
                               
  Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.            

BIOGRAFI
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki,GreekHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.                                                    

JASA DAN SUMBANGAN
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib,tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.