Orhan I (Uthmaniyyah: اورخان غازی, Turki:Orhan Gazi atau Orhan Bey) (1281 Sogut – March 1359 Bursa) merupakan putera BeyUthman I. Orhan I telah menakluki Nicaeapada tahun 1331 dan Nicomedia tahun 1337dan mendirikan ibu kota di Bursa. Ketika saat pemerintahannya, Sultan Orhan I telah merombak struktur pemerintahan, memodenkan pasukan ketenteraan negaranya, dan memperkenalkan mata wang baharu bagi negaranya.
Beliau telah menikahi Theodora, puteri dari Putera Byzantine John VI Cantacuzenus. Pada tahun 1346, Orhan secara terbuka telah mendukung John VI dalam usahanya menggulingkan Kaisar John V Palaeologus. Ketika John VI menjadi kaisar (1347-1354), beliau telah mengizinkan Orhan untuk menyerang semenanjung Gallipoli yang kemudiannya mandat pemerintahan telah diberikan kepada Kesultanan Uthmaniyyah sebagai suatu simbol untuk membentuk benteng pertahanan pertama di Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan